InsyaAllah dalam masa terdekat TDC Care akan kerjasama dengan Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM untuk anjuran “Kayuhan Gaza”.
Kayuhan Gaza ini adalah inisiatif Cik Nurul Islah, seorang OKU bekas pesakit kanser kanak-kanak yang nekad mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin melalui kayuhan basikal jelajah Selangor.
Kebetulan kedatangan beliau bersama ibubapa bertembung dengan mesyuarat Ustazah Asma' Harun dan isteriku Ct Sabarina, maka terjadilah mesyuarat di atas mesyuarat dan ukhwah terjalin dengan Cik Nurul Islah mendapat doa dan ucapan semangat daripada Ustazah Asma Harun di The Daily Coffee Hous yang berada di Wisma TDC
Alhamdulillah… orang baik-baik dan ahli syurga dikirim oleh Allah menghadirkan diri ke TDCforYou.
Ianya satu petanda yang sangat bagus buat perkembangan TDC dan ianya membawa rahmah buat TDC secara keseluruhannya.
Ikuti perkembangan di page TDC Care untuk sebarangan maklumat tentang Kayuhan Gaza ini.
Jangan tanya saya Ustazah Asma Harun ikut ke tidak, saya tidak uruskan program Kayuhan Gaza ini, sebab saya bukan geng basikal.
Begitulah.
#HafizHiew #TDC